I Love Them soo Much...

02 December 2011

Anemia...

  • Salam Jumaat...
  • huhu...
  • Sedih la pulak...
  • Semalam check-up n as usual...
  • HB Ain x chantek la...
  • Still bawah 11mg...
  • Last check-up aritue...
  • 8.9mg but now 8.7mg...
  • Rase nye Ain da puas makan sume makanan yg byk zat besi...
  • Ikan, daging, sayur etc...
  • Mungkin sebab bile makan muntah balik kot...
  • Tu yang zat x nak lekat...
  • huhu...
  • Disebabkan tu Ain kene check-up semula 2 minggu sekali...
  • Selagi paras HB x normal selagi tu la kene 2 minggu...
  • Hope 15/12 ni...
  • HB Ain >11mg...
  • Doakan ye...
  • Sini Ain letak sikit info pasal si Anemia...
  • Sedap nama tu kan tapi bahaya...!!!
  • Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil.
  • Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. 
  • Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar
  • tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

    Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anemia?

    Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simptom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:

    cepat Letih
    rasa tidak bermaya
    pucat
    berdebar-debar
    sukar bernafas
    pengsan
Risiko Untuk Mendapat Anemia
  • Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:

    Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
    Mereka yang mengandung kembar
    Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
    Merka yang sering muntah dan mempunyai masalah penghadaman

    Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

    Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil.
  • Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan.
  • Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi,
  • cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:

    Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
    Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

    Maksimakan penyerapan Zat Besi

    Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

No comments:

Post a Comment