I Love Them soo Much...

29 February 2012

  • Salam Readers...
  • Pekembangan Ain minggu ni da masuk 29 minggu...
  • Insyallah lg 11 minggu Ain akan bertemu dgn Adik Iman nih...
  • Doakan kami ye...
  • Okay.. jom tengok ape jadi pada kami dalam minggu 29 nihh...
  • Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram ...
  • Dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki.....
  • Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang ...
  • Lalu merentasi groin dan terus ke skrotum.
  • Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus.
  • Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
  • Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini.
  • Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.
  • Lihatlah!Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga.
  • Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari).
  • Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini.
  • Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang.
  • Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.

  • Perkembangan pada Ain sendiri...
  • Ain da mula cramp kaki pada waktu malam...
  • Terpaksa la kejutkan En.Suami utk luruskan kaki...
  • Sbb Ain mmg automatik menjerit kalo kaki Ain nk cramp...
  • Sejak dari mengandungkan Iman lg..
  • hehe...
  • Dah tabiat kot...
  • Pastu Ain dah mula rasa tekanan pada tulang belakang...
  • Kadang2 sampai x leh nak duduk tegak...
  • Sakit pada tulang rusuk n pinggul...
  • Maybe dah masuk 3rd Trimester..
  • Persiapan barang2 baby n Ibu da 80%...
  • Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya...
  • Amin...

No comments:

Post a Comment